hari ini sangat membosankan. .
selapas sahaja pulang dari menunggang kuda memang tiada kerja lagi yang hendak di buat. .
tambahan pula, waktu persekolahan sudah hampir tiba ke penghujungnya :O
seperti biasa sesudah pulang aku akan menuju ke dapur dan makan, kemudian mandi .
seterusnya baring di atas katil bagai menunggu bulan jatuh ke riba :)
kakakku juga merasakan yang sama. .
bosannya
otakku mula berputar ligat untuk mencari idea apa yang perlu dibuat.
ya !!!! DOODLES
kami berdua pun dengan segera membuka suis internet dan 'laptop'. .
dan menakan perkataan DOODLES. .
waahhhh!! sungguh banyak lukisan yang cantik-cantik belaka.
kami pun melukis di atas beberapa helai kertas .
kakakku memberi cadangan bahawa dia akan melukis di dinding bilik serta almari kami .
pada jam 7.00 petang, pintu almari dan dinding sudah dipenuhi dengan pelbagai lukisan .
kini tiba masanya untuk mewarna lukisan kami :)
aku memilih untuk mewarnakan lukisan lebah ku ,
arghhhh!!!
disebabkan kesilapan yang kecil lebah ku sudah cacat. .
lalu dengan terpaksa aku mewarnakan lebah itu dengan warna hitam dari badan hingga kepala,dan kepaknya juga. .
dapatkah anda bayang bagaimana rupa seekor lebah yang hitam legam??
hahahahahaha. .
namun kami tetap berpuas hati dengan kerja yang kami lakukan hari ini. .
sekurang-kurangnya masa kami tidak terbuang begitu sahaja kerana 'masa itu emas' .
Jual Telur Asin di Kabupaten Aceh Barat
6 years ago
0 comments:
Post a Comment