tidak mahu aku mulakan post di dalam blog ini dengan kata-kata aluan,bagai sebuah folio yang lengkap dengan pelbagai tugasan seperti kata-kata aluan, pendahuluan dan macam-macam lagi.
lalu aku mengambil keputusan untuk terus dimulakan dengan cerita hidup.
..........
hubungan kami sebagai teman rapat sudah hampir dua tahun. dirinya bagaikan bayang-bayang aku kerana walau di mana sahaja aku berada pasti dia juga turut disitu. .setiap kali perselisihan faham kami akan cuba untuk berbaik walau dengan apa jua cara,sehinggalah hari ini. .
dia sudah mempunyai ramai teman. .
dia sudah mula melupakan aku,di hari lahirnya aku berharap dapat membuat kejutan untuk dirinya. .
tetapi hampa, pagi-pagi lagi aku menegur namun hanya anggukan dan gelengan kepala menjadi jawapan.
begitu susah dirinya untuk mengucapkan sepatah kata pada ku. .mengapa jadi begini?
setelah dia mempuyai ramai teman aku juga yang dilupakan :'(
seketika dahulu, dia pernah berkata bahawa aku lah teman sejati yang sentiasa di hati kerana tiada lagi orang lain yang sudi berkawan dengannya.
kini aku dibuang, jika benar salah ku. .katakanlah !!
jangan kamu lakukan aku seperti ini. .
diam seribu bahasa, pabila ternampak kelibatku. .senyuman yang terukir di bibir terus mengecut bagaikan asam. .
aku juga manusia biasa seperti dirimu. .
maafkan aku andai aku tidak dapat menggembirakanmu namun jangan kamu seksa diri ini =(
tidak ku lupa. . ' SELAMAT ULANG TAHUN '
Jual Telur Asin di Kabupaten Aceh Barat
6 years ago
0 comments:
Post a Comment